25minit ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Permintaan bagi sektor pelancongan di negara ASEAN masih kukuh walaupun ketika ketegangan geopolitik yang berterusan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengekalkan disiplin fiskal serta mengelakkan pembaziran dan ketirisan bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerangka subsidi bersasar dan disiplin dasar Malaysia terbukti berkesan melindungi ekonomi negara daripada kesan kejutan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pendirian positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di Malaysia walaupun terdapat kekurangan kakitangan perubatan.
2hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Seiring dengan langkah Malaysia melaksanakan rangkaian 5G untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan tahap kesiapsiagaan, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) meningkatkan usaha pembangunan bakat bagi menyokong pelaksanaan yang lancar dalam era digital.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) terbukti berkembang dengan beralih daripada model sumber manusia tradisional kepada pendekatan yang lebih berteraskan “People Experience” atau pengalaman pekerja.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.