2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.
3hari ago
JAKARTA, 19 Feb (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) telah mengekalkan kadar dasar penanda arasnya pada 4.75 peratus, memberi alasan tentang peningkatan ketidaktentuan global sambil memastikan pintunya terbuka untuk potensi pelonggaran.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit dan peso Filipina antara mata wang ASEAN terjejas oleh pengukuhan dolar AS semasa ditutup hari ini selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terkini memberi petunjuk mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah, kata ahli ekonomi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi 2026 pada kadar 1.8 peratus (2025: 1.4 peratus), hampir kepada paras tertinggi julat rasmi 1.3–2.0 peratus yang mencerminkan permintaan domestik yang lebih kukuh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.
3hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa pembukaan pada Khamis berikutan mata wang AS meningkat pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah berpotensi akan berlaku, kata seorang penganalisis.
6hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengatasi jangkaan awal pada Jumaat lepas, kata ahli ekonomi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
6hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam penyertaan yang berkurangan menjelang tempoh cuti panjang.
6hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pada Isnin, didorong oleh momentum positif berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus yang lebih baik daripada jangkaan diumumkan pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
8hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih kukuh dan kekal pada sekitar paras 3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, disokong oleh momentum pertumbuhan ekonomi domestik yang teguh seterusnya mempengaruhi sentimen pasaran.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada minggu depan.