4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Inflasi Malaysia seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.9 peratus pada April 2026 dengan mata indeks menokok kepada 136.9 daripada 134.3 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia terus merekodkan lebihan dalam Imbangan Akaun Semasa (CAB) dalam suku pertama 2026 (S1 2026) berjumlah RM15.2 bilion, bersamaan dengan 3.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara ketara lebih tinggi berbanding RM2.7 bilion pada suku keempat 2025 (S4 2025).
9hari ago
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Penduduk Malaysia pada suku pertama (S1) 2026 dianggarkan berjumlah 34.4 juta berbanding 34.2 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5 peratus, menurut laporan perangkaan demografi bagi S1 tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 8.2 peratus kepada 21,310 tan pada Mac 2026 daripada 22,124 tan pada Februari 2026, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan mengekalkan momentum peningkatan pada suku pertama 2026 dengan pertumbuhan 8.5 peratus kepada RM46.5 bilion, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Indeks harga seunit pasir meningkat pada April 2026, dengan kenaikan antara 0.4 peratus hingga 14.5 peratus di seluruh negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks volum perkhidmatan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 kepada 168.0 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
16hari ago
ISKANDAR PUTERI, 7 Mei (Bernama) -- Pendapatan isi rumah di Johor meningkat sejak 2022, sekali gus menjadikannya sebagai antara negeri yang mencatatkan pendapatan isi rumah tertinggi di negara ini.