BERITA TERKINI   Ringgit ditutup rendah kepada 4.0105/0140 berbanding dolar AS daripada 3.9920/9955 pada Khamis | ASNB umum agihan pendapatan 5.50 sen seunit bagi ASB2 dan 5.00 sen seunit bagi pemegang unit ASM | ASNB umum agihan pendapatan 5.50 sen seunit bagi ASB2 dan 5.00 sen seunit bagi pemegang unit ASM | Isu Asia Barat: Kerajaan cadang himpun pimpinan negeri, parti politik untuk taklimat khas oleh MKN dan MTEN minggu depan - PM Anwar | 

Terdapat 12196 berita berdasarkan kata kunci carian " di"

EPF Ambil Keputusan Berkecuali Daripada Undian Tawaran Ambil Alih Sunway Ke Atas IJM Corp

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.

Ringgit Mengukuh Kekalkan IHPR dalam Deflasi Sederhana pada 2026

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit yang lebih kukuh dan kos input yang terkawal dijangka mengekalkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dalam deflasi sederhana pada 2026, pada -2.2 peratus berbanding -2.0 peratus tahun lepas, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai asas.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Harga Fizikal, Sentimen Positif Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikan susulan niaga hadapan getah Jepun yang meningkat dan harga fizikal komoditi yang kukuh di Thailand.

Permintaan Pelancongan ASEAN Kekal Kukuh Di Tengah-tengah Ketegangan Geopolitik - Chiew

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Permintaan bagi sektor pelancongan di negara ASEAN masih kukuh walaupun ketika ketegangan geopolitik yang berterusan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.

Jumlah Perdagangan Malaysia Pada Februari RM245.2 Bilion, Eksport Naik 10.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

CIMB, SC, Bursa Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Pacu Pasaran Modal Islam Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd, akan membangunkan instrumen inovatif bagi memacu pasaran modal Islam Malaysia, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 SC. 

Indeks Nilai Unit Eksport Susut Sedikit Pada Februari 2026 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks nilai unit eksport Malaysia pada Februari 2026 menurun sedikit sebanyak 0.01 peratus kepada 153.11 mata berbanding 153.12 mata pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

George Kent Terbit Sukuk RM80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Turun 3.4 Peratus Pada Februari 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 3.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 selepas penurunan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MEF Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Kerajaan, Gesa Penggunaan Secara Berhemat

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.

Penggunaan EV Di Malaysia Dijangka Dipercepatkan Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke arah kenderaan elektrik (EV) mungkin akan dipercepatkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah terutamanya dalam kalangan pembeli segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) premium, menurut  CIMB Securities Sdn Bhd.