BERITA TERKINI   GSF 2.0: Aktivis Malaysia dijangka kembali ke tanah air pada Sabtu ini dan tiba di KLIA pada Ahad (24 Mei) - KP SNCC | GSF 2.0: Semua 428 aktivis flotilla termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan, dijangka tiba di Turkiye 10 malam ini - KP SNCC | MCMC keluar Tuntutan Statutori terhadap TikTok susulan gagal sekat dan turun kandungan jelik melampau, akaun palsu yang ditujukan kepada Institusi Diraja | 

EPF Ambil Keputusan Berkecuali Daripada Undian Tawaran Ambil Alih Sunway Ke Atas IJM Corp

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.

Mengikut maklumat yang dikongsi di laman webnya, bahagian Keputusan Undian KWSP pada Mesyuarat Pemegang Saham menyatakan bahawa keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’.

Menurut rasional yang diberikan, KWSP berkata: “Ia secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp”. 

Mesyuarat itu bertarikh 26 Mac 2026.

-- BERNAMA