Terdapat 4333 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan ketara harga minyak mentah dan prospek pengeluaran minyak sawit Malaysia yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Kaji Semula Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas kenaikan baru-baru, apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik dan kebimbangan inflasi berkaitan dengan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, selari dengan prestasi pasaran tunai.

Untung Bersih CIMB Group Susut 2.9 Peratus Kepada RM1.91 Bilion Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (S1 2026) merosot 2.9 peratus kepada RM1.91 bilion daripada RM1.97 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

KUSKOP Yakin Penyertaan THAIFEX Kukuhkan Kredibiliti Produk Malaysia

BANGKOK, 26 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM20 juta untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi Malaysia yang menyertai pameran THAIFEX-Anuga Asia 2026 di Impact Arena, Muang Thong Thani di sini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Cuti Aidiladha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Perdagangan Malaysia Dengan Rakan Dagang Utama Catat Paras Tertinggi RM1.127 Trilion Bagi Jan-April - Sim

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utamanya mencapai rekod tertinggi sebanyak RM1.127 trilion dari Januari hingga April 2026, melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila terdapat aktiviti pengambilan untung awal dalam persekitaran harga minyak mentah rendah berikutan petunjuk potensi ketegangan mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Dalam Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Harapan Terhadap Perjanjian AS-Iran

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran walaupun keadaan masih amat tidak menentu.