BERITA TERKINI   12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, selari dengan prestasi pasaran tunai.

Mei 2026 dan September 2026 masing-masing turun 9.5 mata kepada 1,707.50 dan 1,686.50, manakala Jun 2026 susut 10.5 mata kepada 1,704.50 dan Disember 2026 merosot 12.5 mata kepada 1,685.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 80,023 lot daripada 46,855 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 114,229 kontrak daripada 77,678 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 9.48 mata kepada 1,699.02 daripada 1,708.50 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA