Terdapat 449 berita berdasarkan kata kunci carian " bnm"

Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.1 Bilion Pada 13 Mac 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.1 bilion pada 13 Mac 2026.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Inflasi 2026 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran inflasi 2026 kepada 2.1 peratus daripada 1.9 peratus susulan konflik di Asia Barat yang berterusan, meskipun subsidi tenaga dan pengukuhan ringgit terus membantu mengawal harga.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

BNM Pastikan Pasaran Kewangan Kekal Teratur Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dan sistem kewangan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global melalui pemantauan pasaran yang berterusan, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Rizab Antarabangsa BNM Cecah Paras Tertinggi Dalam 11 Tahun – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun, disokong oleh pengukuhan pegangan pertukaran asing dan peningkatan rizab emas.

ASEAN Perlu Gerakkan Dana Boleh Labur Sendiri, Wujudkan Juara Korporat Global - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu menggerakkan kumpulan dana serantaunya yang besar untuk memenuhi keperluan pelaburan blok ini di samping mewujudkan juara korporat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, BNM Terus Memantau Risiko Konflik Timur Tengah – Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan global meningkat susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau rapat perkembangan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi negara.

APEX Securities Lihat Tiada Keperluan Mendesak Turunkan Opr Susulan Pertumbuhan, Inflasi Stabil

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Apex Securities Bhd melihat tiada keperluan mendesak untuk Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berikutan prospek pertumbuhan dan inflasi Malaysia yang kekal stabil.

BNM: Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.3 Bilion Setakat 27 Feb, 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026.

Asas Ekonomi Kukuh Teras Kekalkan Pengukuhan Ringgit, Kata Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keupayaan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi kukuh, prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan langkah pembaharuan ketika ini akan terus menyokong ringgit susulan krisis di Timur Tengah, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Kekalkan OPR 2.75 Peratus, Dasar Monetori Masih Sokong Ekonomi - Ahli Ekonomi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang terus menyokong ekonomi dalam keadaan persekitaran luaran semakin tidak menentu.