Terdapat 899 berita berdasarkan kata kunci carian " air"

Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Sebagai Timbalan CEO Berkuat Kuasa 6 April

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Selepas Untung Empat Suku Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Harga Airasia Dijangka Alami Kenaikan Kecil Namun Kekalkan Tambang Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tambang AirAsia mungkin mengalami kenaikan kecil namun masih kekal pada harga mampu milik berikutan konflik di Asia Barat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Turun 3.4 Peratus Pada Februari 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 3.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 selepas penurunan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Wah Seng Distribution Centre Gudang Pertama Raih Penarafan GreenRE Platinum

IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Isyarat Konflik Asia Barat Bercanggah Jejas Sentimen

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.34 peratus memandangkan pelabur mengikuti rapat perkembangan Asia Barat di samping masih berhati-hati ekoran isyarat kian bercanggah dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengenai kemungkinan rundingan damai.

Rakyat Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Tekanan Berpanjangan Pasaran Minyak -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia disarankan bersedia menghadapi tempoh tekanan yang berpanjangan dalam pasaran minyak walaupun konflik di Asia Barat dijangka mereda dalam masa terdekat, kata Profesor Adjung Universiti Teknologi Petronas Samirul Ariff Othman.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Ranhill SAJ, Yes Pacu Langganan Jalur Lebar Menerusi Baucar Air Di Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Ranhill SAJ bekerjasama dengan penyedia khidmat telekomunikasi Yes menawarkan isi rumah Johor dengan baucar bulanan RM10.50 yang dikreditkan ke dalam bil air selama enam bulan menerusi langganan jalur lebar terpilih.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.