6minit ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.
47minit ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.
3hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh minat belian baharu dalam saham perbankan berikutan momentum dagangan meningkat pada akhir dagangan, kata penganalisis.
4hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dengan kebanyakan sektor ditutup lebih rendah ketika pasaran berada dalam fasa penstabilan, kata seorang penganalisis.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari, berbanding aliran serantau, susulan jualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih akibat aktiviti pengambilan untung.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Apurva Sanghi.
6hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dan mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan ke atas kaunter mewah terpilih didahului saham perkhidmatan kewangan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus menjadi tumpuan dalam usaha mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-India kerana India menawarkan peluang pasaran yang luas untuk perniagaan dari negara ini yang ingin berkembang ke luar negara.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.
6hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum alirannya untuk ditutup mencecah 1,771.25, paras tertinggi intra harian dan dalam tempoh beberapa tahun, dipacu oleh minat belian ketara berterusan dalam saham-saham mewah.