Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang positif.
Pada 10.05 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat tujuh mata kepada 1,690.0, Julai 2026 naik 6.5 mata kepada 1,691.0 dan September 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,671.0 manakala Disember 2026 menurun setengah mata kepada 1,666.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,799 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 30,582 kontrak.
Pada 10.06 pagi, indeks FBM KLCI naik 14.60 mata kepada 1,697.86 daripada 1,683.26 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA