Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Tetapi Rendah Kemudiannya
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi tetapi menurun dalam dagangan awal di Bursa Malaysia Derivatives hari ini.
Pada 10.02 pagi, kontrak Mei 2026 merosot 1.50 mata kepada 1,741.0, Jun 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,740.50, September 2026 menyusut 2.0 mata kepada 1,721.0 manakala Disember 2026 kekal tidak berubah pada 1,724.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,718 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,260 kontrak.
Pada 10.10 pagi, FBM KLCI menurun 4.90 mata kepada 1,735.32 daripada 1,740.22 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA