Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Di Pasaran COMEX

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi hambar di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada akhir dagangan, bulan semerta Mei 2026 turun kepada US$4,561.20 setiap auns troy daripada US$4,569.90 pada Jumaat, manakala Jun 2026 susut kepada US$4,578.20 setiap auns troy daripada US$4,586.90.

Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup rendah pada US$4,592.20 setiap auns troy daripada US$4,600.90 yang dicatatkan Jumaat lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada enam lot daripada 28 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 86 kontrak daripada 94 kontrak.

Harga emas fizikal adalah pada US$4,528.0 setiap troy semasa penetapan pada petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 15 Mei, 2026.

-- BERNAMA