BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Buriram United 1-2 JDT | Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | Proses peralihan, penukaran MyKad Struktur Baharu tidak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan termasuk SARA, BUDI95 - JPN  | 

Liew Nafi Umum Kerajaan Pertimbang Had 150 Liter Petrol RON95

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong menafikan telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan had 150 liter petrol RON95 sebulan di bawah Program Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Dalam satu hantaran di media sosial, menteri berkenaan menyatakan bahawa penjelasannya telah disalah tafsir atau diambil di luar konteks.

“Amat malang apabila apa yang saya katakan telah diambil di luar konteks.

“Perlu dijelaskan di sini bahawa saya tidak membuat sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, dan saya juga tidak pernah mengumumkan had 150 liter sebulan berpotensi menjadi dasar kerajaan,” katanya.

Liew berkata semasa sesi sembang santai di majlis anjuran AFFIN Bank awal hari ini, beliau telah ditanya mengenai strategi kerajaan untuk menguruskan krisis bekalan global dan telah menjelaskan bahawa BUDI95 adalah mekanisme yang baik kerana ia memberikan data menyeluruh untuk memahami corak perjalanan harian rakyat Malaysia.

“Selain itu, saya menyatakan keutamaan kerajaan dan seluruh masyarakat adalah untuk memastikan kita mempunyai bekalan petrol yang mencukupi untuk tempoh yang paling lama dan kita perlu membina konsensus untuk menyokong usaha penjimatan dalam penggunaan bahan api,” tambah beliau lagi.

-- BERNAMA