Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai.
Pada 9.55 pagi, kontrak April 2026 susut 6.0 mata kepada 1,712.0, Mei 2026 berkurangan 5.5 mata kepada 1,714.0, Jun 2026 merosot 6.5 mata kepada 1,713.0 dan September 2026 menguncup 5.0 mata kepada 1,695.0.
Jumlah dagangan sebanyak 22,121 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 68,5447 kontrak.
Selepas 60 minit dagangan, FBM KLCI naik 1.59 mata kepada 1,718.89 daripada 1,717.27 semasa ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA