BERITA TERKINI   Yang di-Pertuan Agong akan tentukan calon baharu terajui SPRM - RPO | Terdapat 31,517 kes bankrap sejak 2021 hingga Mac 2026, dengan 46 peratus berpunca daripada pinjaman peribadi - Akmal | Polis Sarawak tumpas sindiket dadah dengan nilai rampasan RM16.8 juta dalam serbuan berasingan di Kuching | AMS Advanced memulakan dagangan di Pasaran ACE pada harga 29 sen dengan 15.91 juta saham didagangkan | Bekas Penyampai Radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia awal pagi ini - Rakan | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Rabu sejajar dengan pasaran tunai yang kukuh.

Kontrak April 2026 naik 0.5 mata kepada 1,712.00; Mei 2026 meraih 0.5 mata kepada 1,713.00; Jun 2026 turun 0.5 mata kepada 1,712.00 manakala September 2026 tidak berubah pada 1,691.50.

Jumlah dagangan pula menokok kepada 6,661 lot berbanding 5,912 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39,107 kontrak daripada 38,566 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, indeks FBM KLCI susut 4.94 mata atau 0.29 peratus kepada 1,710.39 daripada paras penutup 1,715.33, semalam.

-- BERNAMA