BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Buriram United 1-2 JDT | Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Khamis. 

Pada 9.42 pagi, kontrak April 2026 dan Mei 2026, masing-masing naik 1.5 mata kepada 1,683.5 dan 1,685.0 manakala Jun 2026 dan September 2026, masing-masing meningkat 2.0 mata kepada 1,684.5 dan 1,664.0. 

Jumlah dagangan sebanyak 1,500 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,135 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 2.69 mata kepada 1,688.93 daripada 1,686.24 pada Khamis.  

-- BERNAMA