Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Peningkatan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini susulan peningkatan konflik di Asia Barat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 naik kepada US$4,554.00 setiap auns troy daripada US$4,531.70 setiap auns troy semalam.

Kontrak April 2026 meningkat kepada US$4,589.70 setiap auns troy daripada US$4,551.70 setiap auns troy manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,609.00 setiap auns troy daripada US$4,571.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,642.90 setiap auns troy daripada US$4,605.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkembang sedikit kepada 22 lot daripada 21 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 46 kontrak daripada 87 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,529.15 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Mac, 2026.

-- BERNAMA