Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Jumaat.
Pada 9.32 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,713.50, April 2026 naik 3.0 mata kepada 1,715.5, Jun 2026 menokok 2.0 mata kepada 1,712.0 dan September 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,697.5.
Jumlah dagangan berjumlah 13,910 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 57,823 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI meningkat 1.35 mata kepada 1,712.24 selepas 51 minit dagangan, berbanding paras 1,710.89 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA