BERITA TERKINI   Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | KSN, PETRA diminta teliti pendekatan menyeluruh atasi banjir, bekalan air di Sarawak - PM Anwar | 

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM3.2 Bilion Sebulan Untuk Kesejahteraan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan rakyat terus menerima bantuan melalui penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95, selain mengekalkan harga petrol dan diesel walaupun perbelanjaan subsidi bahan api meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata subsidi kerajaan bagi petrol meningkat kepada RM2 bilion manakala subsidi diesel naik kepada RM1.2 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini.

“Walaupun Kerajaan MADANI menangani implikasi kenaikan harga minyak global, kerajaan akan terus mengambil penekanan untuk memastikan rakyat disokong dan dapat mengekalkan pemberian inisiatif BUDI95. Ini memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat.

“Beban ini masih boleh ditampung kerajaan kerana kita telah melaksanakan banyak reformasi dan konsolidasi fiskal dalam tempoh tiga tahun Kerajaan MADANI memerintah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

-- BERNAMA