BERITA TERKINI   Subsidi diesel Sabah dan Sarawak dianggarkan RM4.6 billion untuk tahun ini jika harga semasa kekal - PM Anwar | Kerajaan peruntuk subsidi RM2 billion sebulan untuk kekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter - PM Anwar | Cuti tambahan Hari Raya pada Isnin (23 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac), atau pada Jumaat (20 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu (21 Mac) - PM Anwar | 

NexG Kembalikan Semula Kuasa Eksekutif Abu Hanifah Sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) --NexG Bhd telah mengembalikan kuasa dan peranan pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Abu Hanifah Noordin, berkuat kuasa serta-merta.

Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan keselamatan itu berkata ia telah memutuskan untuk mengembalikan semula jawatan Abu Hanifah berikutan pertimbangan lanjut dan selepas mengambil kira perkembangan terkini semakan dalaman yang sedang berjalan pada 11 Mac.

“Ahli Lembaga sebelum ini telah mengumumkan pada 5 Mac, 2026, penggantungan sementara kuasa dan peranan eksekutif Abu Hanifah sebagai langkah pentadbiran untuk membolehkan semakan berterusan dijalankan dengan cara yang telus, bebas dan teratur,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Menurut NexG, ahli lembaga tetap komited untuk menegakkan tadbir urus korporat, akauntabiliti dan ketelusan yang kukuh, dan akan terus memastikan bahawa proses semakan berterusan dijalankan mengikut prosedur tadbir urus dan amalan operasi standard syarikat.

-- BERNAMA