BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI pantau rapat krisis di Asia Barat serta impaknya terhadap ekonomi dan rakyat, kekalkan asas daya tahan ekonomi negara, pastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas - PM Anwar | Ringgit meningkat kepada 3.9260/9310 berbanding dolar AS daripada 3.9365/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas | Susulan krisis di Asia Barat, Jemaah Menteri bersetuju MTEN memantau situasi tersebut dan perbincangan akan diadakan secara mingguan - PM Anwar | Empat individu iaitu Zamri Vinoth, Tamim Dahri, P. Mahendra dan Arun Dorasamy akan didakwa esok berkaitan provokasi agama - Ketua Polis Negara | Manipulasi korporat SPRM : PDRM sahkan periksa beberapa premis milik seorang ahli perniagaan - Ketua Polis Negara | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada 9.45 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 33.50 mata kepada 1,673.0, April 2026 naik 32.00 mata kepada 1,674.0, Jun 2026 menambah 31.0 mata kepada 1,672.0, manakala September 2026 meningkat 33.00 mata kepada 1,655.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,025 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 38,183 kontrak.

Indeks FBM KLCI meningkat 25.32 mata kepada 1,699.49 selepas 50 minit dagangan berbanding paras 1,674.17 ketika ditutup semalam. 

-- BERNAMA