BERITA TERKINI   GSF 2.0: Usaha diplomatik sedang digerakkan dengan negara serantau dan Turkiye untuk pembebasan aktivis - KP SNCC | Semua aktivis GSF 2.0 diculik dari kapal masing-masing bawah ancaman senjata - KP SNCC | GSF 2.0: Kesemua 50 buah kapal bawa 428 aktivis dari 40 negara dipintas secara haram oleh rejim Zionis Israel di perairan antarabangsa - KP SNCC | Eksport naik 36.9 peratus tahun ke tahun kepada RM182.74 bilion pada April 2026, import meningkat 20 peratus kepada RM153.99 bilion, menjana lebihan dagangan RM28.75 bilion - MATRADE  | Perdagangan Malaysia meningkat 28.6 peratus tahun ke tahun pada April 2026, pertumbuhan paling pesat sejak September 2022, mencecah RM336.73 bilion - MATRADE | 

82 Peratus Penerima SARA Bulanan, 54 Peratus SARA Untuk Semua Berbelanja Setakat 1 Mac

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Hampir 6.7 juta penerima program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan menggunakan bantuan itu, setakat 1 Mac 2026, bagi membeli barang keperluan asas di premis berdaftar, 

Ia merangkumi 82 peratus daripada keseluruhan 8.1 juta penerima pada 2026, dengan nilai perbelanjaan mencecah hampir RM1 bilion.

Bagi program SARA untuk semua rakyat Malaysia dewasa yang layak pula, lebih 12.1 juta penerima telah berbelanja, iaitu 54 peratus daripada jumlah keseluruhan, dengan nilai perbelanjaan hampir RM1 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin mengetahui mengenai jumlah penerima program MySARA setakat ini dan nilai dana yang telah digunakan oleh rakyat.

Liew berkata bermula 9 Februari 2026, kerajaan telah meluaskan kategori barangan SARA dengan memasukkan makanan sejuk beku sebagai kategori baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori berbanding 14 sebelum ini.

“Kerajaan juga menambah bilangan jenis barangan yang boleh dibeli kepada 140,000 berbanding 100,000 sebelum ini,” katanya.

-- BERNAMA