BERITA TERKINI   Roboh kuil di Rawang: empat lelaki ditahan - Ketua Polis Selangor | Malaysia di landasan betul, catat pertumbuhan ekonomi yang baik, inflasi rendah serta pelaburan tinggi - PM Anwar | Semua pihak perlu patuhi undang-undang berhubung pembinaan rumah ibadat, isu sensitif lain bagi pelihara keharmonian negara - PM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 susut 1.5 mata kepada 1,752.50, manakala Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun 0.5 mata kepada 1,730.50 dan 1,735.0. Kontrak September 2026 pula meningkat 0.5 mata kepada 1,722.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,574 lot berbanding 6,347 lot pada Selasa, manakala minat terbuka bertambah kepada 43,707 kontrak daripada 42,415 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.85 mata atau 0.51 peratus kepada 1,756.39 berbanding paras 1,747.54 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA