BERITA TERKINI   KES IJM: SPRM sedang bertukar maklumat dengan Pejabat Penipuan Serius UK - Azam Baki | Kertas siasatan libatkan KP JAS dan timbalan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Jumaat ini dengan syor dituduh - Azam Baki | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Pada penutupan, kontrak Februari 2026 susut 3.5 mata kepada 1,754.0, Mac 2026 jatuh 4.5 mata kepada 1,731.0, Jun 2026 kehilangan 4.0 mata kepada 1,735.5 dan September 2026 berkurangan sebanyak 1.5 mata kepada 1.722.0.

Jumlah dagangan turun kepada 6,347 lot berbanding 9,962 yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 42,415 kontrak daripada 44,564 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.76 mata kepada 1,747.54 daripada 1,751.30

-- BERNAMA