Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.25 pagi, kontrak Februari 2026 dan Mac 2026, masing-masing merosot 7.0 mata kepada 1,729.0 dan 1,707.5, Jun 2026 berkurangan 8.5 mata kepada 1,709.5 dan September 2026 menurun 11.5 mata kepada 1,694.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,898 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,110 kontrak.
Pada 9.53 pagi, indeks FBM KLCI merosot 3.56 mata kepada 1,727.46 daripada 1,731.02 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA