BERITA TERKINI   Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan yang kukuh walaupun berdepan cabaran geopolitik global - Akmal Nasrullah | Konflik Asia Barat dipantau secara menyeluruh dari sudut makroekonomi, termasuk menilai kesannya terhadap inflasi, rantaian bekalan dan kos logistik - Akmal Nasrullah | 

Zscaler Buka Pusat Data Di Kuala Lumpur Untuk Pertingkat Kapasiti Dan Prestasi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Zscaler telah mengumumkan pelancaran pusat data baharu di Kuala Lumpur untuk memberikan kapasiti, prestasi dan daya tahan yang lebih baik untuk pelanggan di Malaysia.

Syarikat itu berkata bahawa sebagai sebahagian daripada pelaburan berterusan Zscaler di Asia Tenggara, kemudahan baharu ini tersedia untuk semua pelanggan di Malaysia dan rantau yang lebih luas.

Ia melengkapi infrastruktur Zscaler sedia ada di Kuala Lumpur dengan keupayaan tambahan dan daya tahan yang dipertingkatkan seiring dengan keperluan kecerdasan buatan (AI) moden dan teknologi awan.

"Pusat data baharu Zscaler di Kuala Lumpur menawarkan kependaman yang lebih rendah dan pengalaman digital yang lebih baik, pada masa sama menguatkuasakan keselamatan zero trust berasaskan identiti terperinci bagi mengurangkan risiko serta mengehadkan radius serangan. Ia turut menyokong pilihan data residensi dan ketersediaan tinggi bagi sektor awam dan swasta.

“Bagi menyokong objektif keselamatan siber negara Malaysia dan keutamaan perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), pusat data Kuala Lumpur baharu ini mendekatkan platform Zscaler Zero Trust Exchange kepada pengguna dan aplikasi, meningkatkan prestasi, daya tahan dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menekankan bahawa platform Zscaler memenuhi penanda aras keselamatan global yang ketat dan telah mencapai pelbagai penilaian pihak ketiga di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Zscaler terhadap kemampanan, kemudahan baharu itu mengikut jejak global Zscaler yang terdiri daripada kira-kira 160 pusat data, semuanya dikuasakan oleh tenaga boleh baharu.

-- BERNAMA