BERITA TERKINI   Penuntut lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia - AGC | Kes pijak al-Quran: Penuntut sebuah universiti akan didakwa esok di mahkamah - AGC | Setakat 28 Feb 2026, hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu layak nikmati RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter - Amir Hamzah | Setakat 28 Februari, jumlah Rakan Niaga SARA meningkat kepada 11,300 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 kedai pada 2024 - Amir Hamzah | Setakat 1 Mac 2026, nilai ringgit terus meningkat kepada RM3.89 berbanding dolar AS, cerminkan asas domestik kukuh - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Menjejaki Kenaikan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Kontrak semerta bulan Januari 2026 meningkat kepada US$4,447.2 setiap auns troy daripada US$4,401.8 pada Jumaat lepas. Februari 2026 mengukuh kepada US$4,463.5 daripada US$4,417.3, manakala Mac 2026 menokok kepada US$4,479.9 daripada US$4,433.9 setiap auns troy. 

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga meningkat sedikit kepada US$4,497.9 setiap auns troy berbanding US$4,451.9 sebelumnya. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 328 lot daripada 104 lot Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 373 kontrak daripada 151 kontrak sebelumnya. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 2 Jan, 2026, harga emas fizikal berada pada US$4,386.85 setiap auns troy. 

-- BERNAMA