BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Low Wa Sern raih emas skuasy jumbo beregu lelaki | Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Sehveetrraa Kumar rangkul emas skuasy jumbo beregu campuran | Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Sehveetrraa Kumar rangkul emas skuasy jumbo beregu campuran | Sukan SEA 2025: Atlet Muay Thai negara Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar menang pingat emas kategori 57kg lelaki | Sukan SEA 2025: Skuad bola jaring negara rangkul emas hatrik, tumpaskan Singapura 52-49 | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, dipengaruhi oleh trend penurunan dalam niaga hadapan getah serantau, kejatuhan harga minyak mentah dan ringgit yang sedikit mengukuh berbanding dolar AS, menurut seorang peniaga.

Pada awal dagangan hari ini, ringgit melonjak ke paras 4.08 berbanding dolar AS, yang merupakan prestasi terbaiknya dalam tempoh hampir lima tahun.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent pula susut 1.07 peratus kepada US$59.91 setong, kata peniaga itu Bernama.

Ia berkata sentimen turut lembap apabila para peniaga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh jualan automotif China yang menggalakkan dan pengumuman Beijing mengenai pakej rangsangan baharu untuk menyokong ekonomi,” tambahnya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 susut 2.0 sen kepada 723.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 576.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA