BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | Jadikan peningkatan mutu pendidikan keutamaan, angkat Malaysia sebagai negara maju - PM Anwar | IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula, dikenali sebagai TVETMARA - TPM Zahid Hamidi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutupan, Disember 2025 naik satu mata kepada 1,612.0, Januari 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,615.5, Mac 2026 meningkat setengah mata kepada 1,598.0 manakala Jun 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,604.5.

Jumlah dagangan susut kepada 5,805 lot daripada 8,110 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,312 kontrak daripada 43,727 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.17 mata atau 0.20 peratus kepada 1,611.00 daripada 1,614.17 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA