BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 7-0 PDRM FC | MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | 

Unit PJBumi Peroleh Kontrak Projek Perindustrian Kedah Bernilai RM23.46 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh PJBumi Bhd, PJBumi Heavy Engineering & Services Sdn Bhd memperoleh kontrak reka bentuk dan bina bernilai RM23.46 juta bagi pembangunan perindustrian di Sungai Petani, Kedah. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata anak syarikatnya, sebagai kontraktor menerima surat setuju terima untuk kontrak bina dan reka bentuk berikutan penyerahan tendernya pada 6 Dis, 2025. 

Kontrak itu, berdasarkan borang bina dan reka bentuk Jabatan Kerja Raya, merangkumi 22 unit perindustrian teres satu setengah tingkat di Lot PT 60594, Mukim Sungai Petani, di daerah Kuala Muda.

PJBumi berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih sesaham bermula tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 dan seterusnya. 

-- BERNAMA