BERITA TERKINI   Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026 - PM Anwar | Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma - PM Anwar | Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Menurut beliau, jangkaan lambakan dalam stok telah menjejaskan sentimen pasaran.

"Kami melihat sokongan melebihi paras RM4,000 dan rintangan pada RM4,180," kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak Disember 2025, Januari 2026 serta Februari 2026 masing-masing merosot sebanyak RM6 kepada RM4,090 setan, RM4,140 setan dan RM4,153 setan. 

 Kontrak Mac jatuh RM8 kepada RM4,165 setan, April 2025 susut RM3 kepada RM4,173 setan, manakala Mei 2026 adalah RM7 lebih rendah pada RM4,165 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 68,758 lot berbanding 64,559 yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 272,607 kontrak daripada 227,917.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM4,130 setan.

-- BERNAMA