BERITA TERKINI   Pelancaran bantuan untuk pengguna buat keputusan, bantu individu rancang kewangan penjagaan kesihatan - JBMKKS | Hospital swasta layak mohon insentif cukai tubuhkan dana kebajikan bagi galakkan dan biayai perkhidmatan penjagaan kesihatan amal kepada pesakit kurang bernasib baik - JBMKKS | Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) sokong inisiatif utama perluas akses dan pilihan penjagaan kesihatan | Pelantikan Arthur Joseph Kurup sebagai Pengerusi BN Sabah adalah bagi persediaan hadapi PRU16 - Ahmad Zahid | Orang ramai dibenar mohon kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LLM) tanpa kemuka bukti keluar negara bermula esok - MOT | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu berikutan momentum penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut menerima tekanan daripada data ekonomi China yang lemah dan jangkaan jualan kenderaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah.

Katanya jualan kenderaan baharu AS dijangka mencecah 1.27 juta unit pada November, merosot satu peratus bulan ke bulan dan lapan peratus tahun ke tahun, didorong oleh harga yang lebih tinggi, permintaan terhadap kenderaan elektrik yang rendah dan hari jualan yang berkurangan.

“Penurunan dikekang oleh harga minyak mentah yang kukuh, kebimbangan mengenai bekalan getah asli termasuk kemungkinan pengurangan pengeluaran di Thailand akibat banjir, jualan kenderaan China yang menyokong dan jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.5 sen kepada 721.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat setengah sen kepada 577.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA