BERITA TERKINI   JDT juara Liga Super kali ke-12 berturut-turut, tewaskan DPMM FC 3-0 | Keputusan 40 peratus hasil Sabah muktamad, tiada rayuan difailkan, Kerajaan MADANI kekal komited tunai tuntutan di bawah MA63 - PM Anwar | Penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran tidak menjejaskan tahap ketersediaan dan jaminan bekalan elektrik negara pada masa ini - TPM Fadillah | Bekalan gas dalam negara stabil dan mencukupi untuk menampung operasi loji jana kuasa. - TPM Fadillah | Sebanyak 85 peratus pengguna domestik di seluruh negara tidak akan terkesan dengan turun naik harga bahan api di pasaran antarabangsa - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan memandangkan data semasa seolah-olah menyokong kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa aset selamat itu dijangka disokong dengan baik pada paras US$4,150 hingga US$4,170 setiap auns troy minggu depan.

Bagi asas Khamis hingga Jumaat, kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,155.30 setiap auns troy daripada US$4,058.20 setiap auns troy, kontrak Disember 2025 naik kepada US$4,172.60 setiap auns troy berbanding US$4,076.30 setiap auns troy dan kontrak Januari 2026 turut mengukuh kepada US$4,188.50 setiap auns troy daripada US$4,092.50 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi kepada US$4,204.80 setiap auns troy daripada US$4,108.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 245 lot daripada 256 lot pada minggu lalu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 181 kontrak daripada 150 kontrak pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,153.95 setiap auns troy, mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 27 November, 2025.

-- BERNAMA