BERITA TERKINI   Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | 

Platform Globex CME Pulih, Dagangan Derivatif Disambung Isnin - Bursa Malaysia 

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melakukan persediaan untuk menyambung semula semua dagangan derivatif pada 1 Disember mengikut waktu dagangan pasaran biasa.

Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata ini susulan pemulihan platform dagangan elektronik Globex, Chicago Mercantile Exchange (CME) Group pada 9 malam tadi, waktu Malaysia.

Terdahulu, Bursa Malaysia memaklumkan dagangan produk derivatif Bursa Malaysia dalam sistem Globex tidak disambung semula hari ini berikutan gangguan pada Globex, yang berfungsi mempermudah dagangan derivatif global.

Menurutnya penyelesaian kontrak di Bursa Malaysia Derivatives diteruskan seperti biasa sepanjang hari ini.

-- BERNAMA