BERITA TERKINI   Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA, kembali beroperasi 24 jam mulai tengah malam 1 Jun - Loke | Norway mohon maaf kepada Malaysia susulan pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal | Penyebaran kasih sayang hapus kebencian, perkukuh keharmonian dan perpaduan negara - PM Anwar | Hayati nilai luhur Hari Wesak, bina masyarakat saling memahami dan menghormat - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Prestasi Bercampur-campur Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh isyarat pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga. 

Menurut beliau. sentimen pasaran telah direncatkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah selain jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat yang semakin merosot pada Disember berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Eropah Timur.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan harga minyak mentah di tengah-tengah kebimbangan kekurangan bahan mentah akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar getah utama," kata peniaga itu kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun agak stabil hari ini, bersedia untuk keuntungan mingguan selepas disokong oleh kejatuhan dalam yen.

Peniaga memberitahu agensi meteorologi Thailand telah memberi amaran hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat di sebelah selatan dari 17 hingga 19 November 2025. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 6.0 sen kepada 724.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan setengah sen kepada 568 sen sekilogram.

-- BERNAMA