BERITA TERKINI   ACL2: Selangor FC 0-1 Lion City Sailors | Malaysia dilihat berpotensi dalam pelaburan, teknologi baharu dan AI hasil usaha berpasukan penjawat awam - PM Anwar | Sukan SEA 2025: Malaysia rangkul pingat perak badminton berpasukan lelaki, tumpas kepada Indonesia 0-3 | Pertumbuhan ekonomi pada 2026 akan dipacu oleh jangkaan perbelanjaan domestik yang kukuh, disokong kadar inflasi sederhana dan peningkatan pendapatan - Amir Hamzah | Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 dapat mencapai 4.8 peratus, paras ambang tertinggi yang disasarkan - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Isnin, mengembalikan semula kenaikan pada awal disebabkan peningkatan dalam paras stok dan pengeluaran, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan eksport yang lebih rendah turut menekan sentimen pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada harga melebihi RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,280 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 dan Disember 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada RM4,080 dan RM4,082 satu tan, manakala kontrak Januari 2026 naik RM3 kepada RM4,112 satu tan.

Sementara itu, kontrak Februari 2026 meningkat RM5 kepada RM4,142 satu tan, kontrak Mac 2026 menokok RM1 kepada RM4,158 satu tan, bagaimanapun kontrak April 2026 susut RM3 kepada RM4,165 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 57,032 lot berbanding 81,478 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 262,314 kontrak daripada 264,821 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan meningkat RM10 kepada RM4,130 satu tan.

-- BERNAMA