BERITA TERKINI   Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dibayar kepada penjawat awam Pulau Pinang selewat-lewatnya 16 Mac – Ketua Menteri | PM Anwar tidak mahu rakyat terperangkap dalam isu kecil, tumpu kepada perkara besar demi masa depan negara | Sikap saling menghormati antara kaum teras kekuatan Malaysia, keamanan dan kesepakatan mesti dipelihara melalui tadbir urus yang baik - PM Anwar | Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diperkukuh tanpa menghalang pembelajaran bahasa lain - PM Anwar | Untung bersih Axiata Group Bhd merosot kepada RM364.6 juta pada tahun kewangan 2025 daripada RM946.8 juta pada tahun kewangan 2024 | 

Dewan Rakyat Lulus Peruntukan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa Bagi Tiga Kementerian

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta kementerian Perpaduan Negara,

RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi ketiga-tiga kementerian itu diluluskan selepas mendapat lebih suara bersetuju.

Kementerian Ekonomi menerima peruntukan berjumlah RM2.75 bilion pada tahun hadapan, dan angka itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memacu agenda pembangunan negara terutama 2026 sebagai tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata berdasarkan buku Belanjawan 2026, peruntukan perbelanjaan pembangunan Kementerian Ekonomi adalah sebanyak RM2.115 bilion. 

"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM890.56 juta (72.7 peratus) bagi 2026 berbanding peruntukan dipinda pada 2025,” katanya ketika menggulung RUU Perbekalan 2026 bagi Kementerian Ekonomi.

Dewan Rakyat juga meluluskan RUU Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan perbelanjaan mengurus RM477.82 juta.

Angka itu menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Dewan Rakyat turut meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM767.99 juta bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Persidangan bersambung esok.

-- BERNAMA