BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Lonjakan Niaga Hadapan Serantau Dan Harga Minyak

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah susulan tekanan ke atas industri automotif global berkurangan kerana penyambungan semula eksport cip Nexperia oleh China, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga meningkat disebabkan oleh harapan mengenai pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin, didorong oleh China yang memberikan pengecualian kepada sekatan eksport cip Nexperia untuk aplikasi awam, manakala yen lebih lemah menjadikan komoditi itu lebih murah bagi pemegang mata wang lain.

“Harga minyak meningkat dalam dagangan Asia pada Isnin dalam persekitaran harapan bahawa pembukaan semula kerajaan AS (penutupan kerajaan AS berjalan dalam tempoh yang lama) akan membantu meningkatkan permintaan dalam pengguna bahan api terbesar dunia,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 0.44 peratus kepada US$63.89 setong.

Pada 3 petang, menurut Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 3.5 sen kepada 723.5 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal meningkat 0.5 sen sen kepada 570.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA