BERITA TERKINI   Kerajaan Malaysia menegaskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau kekal sebagai keutamaan utama Malaysia - Mohamad Hasan | Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja perlu reda dengan serta-merta - Mohamad Hasan | Kementerian Perladangan dan Komoditi komited pastikan 400,000 hektar tanah tidak aktif dapat dimanfaatkan dengan penanaman getah -- Johari Ghani | Melalui aktiviti hiliran, Malaysia mampu eksport lebih RM33 bilion produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan, teknologi serta pemprosesan - Johari Ghani | Malaysia import hampir RM7.5 bilion getah asli setiap tahun -- Johari Ghani | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM31.80 bilion daripada RM31.92 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM23.60 bilion daripada RM24.71 bilion sebelum ini.

Bank pusat mengeluarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) awal hari ini.

Ia menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM23.4 bilion kepada RM23.6 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.6 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 6 Nov 2025.

-- BERNAMA