BERITA TERKINI   Malaysia mohon sokongan Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan 2026 di sempadan Rafah tidak lama lagi - PM Anwar | Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Mesir ke tahap perkongsian strategik | Konflik Asia Barat: Kuota BUDI95 diselaras sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter bermula 1 April — PM Anwar | Had siling subsidi bersasar petrol RON95 bagi e-hailing, pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter - PM Anwar | Konflik Asia Barat: Sabah, Sarawak akan terus nikmati diesel subsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga melambung naik- PM Anwar | 

PT Resources Memeterai MoU Dengan Exim Bank Untuk Pengembangan Di China

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PT Resources Holdings Bhd (PTRB) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) merancang untuk meneroka kerjasama dalam pembiayaan perdagangan, fasilitasi eksport serta sokongan strategik bagi pengembangan PTRB di China termasuk operasi pemprosesan kelapa di Fuqing City, wilayah Fujian.

PTRB, pemproses dan peniaga makanan laut beku serta produk makanan lain berkata ini berikutan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat itu dan EXIM Bank semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025 hari ini. 

"Kerjasama ini dijangka mengukuhkan keupayaan pembekalan PTRB selain menyokong visi jangka panjangnya untuk menjadi peneraju serantau dalam penyelesaian makanan yang mampan," katanya melalui satu kenyataan.

Pengarah Urusan Kumpulan PTRB Heng Chang Hooi berkata dengan sokongan kewangan dan rangkaian global EXIM Bank, syarikat itu yakin dapat meningkatkan kehadiran di pasaran China sambil menegakkan komitmennya terhadap kualiti dan kemampanan.

-- BERNAMA