BERITA TERKINI   Piala FA: Sabah FC 2-2 Selangor FC | Piala FA: Kuching City FC 1-2 JDT | PRN Sabah : PKR bertanding di 10 kerusi DUN - PM Anwar | PRN Sabah : Semua parti gabungan dalam Pakatan Harapan akan guna lambang PH - PM Anwar | PRN Sabah : PH akan bertanding 23 kerusi DUN - PM Anwar | 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Khamis, seiring dengan peningkatan di pasaran tunai asas.

Pada 9.16 pagi, kontrak November 2025 naik lapan mata kepada 1,630.50, Disember 2025 menokok tujuh mata kepada 1,629.0, Mac 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,607.0, manakala Jun 2026 kekal tidak berubah pada 1,606.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,331 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 40,040 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menokok 1.47 mata kepada 1,623.02 selepas 35 minit dagangan, berbanding 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA