BERITA TERKINI   MCMC sedang kenal pasti pihak terlibat sebar berita palsu kononnya Kerajaan Persekutuan arah tutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kelantan, Kedah - Fahmi | Thailand harap deklarasi gencatan senjata dengan Kemboja akan bawa keamanan berkekalan - Sihasak | TPM Singapura Gan Kim Yong menekankan kepentingan dialog dan libat urus antara ASEAN dan AS untuk mengelak potensi salah faham dan kekeliruan | Singapura sedang meneroka usaha bagi mewujudkan kerjasama tiga pihak dengan Malaysia dan Indonesia untuk menarik pelabur ke JS-SEZ serta wilayah Batam, Bintan dan Karimun - Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong | Kehadiran Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menandakan blok ini ialah rakan penting dari segi ekonomi dan geopolitik - Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Perdagangan AS-China Tegang

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis dalam persekitaran ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2240/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2280/2325 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) menyusut 0.04 peratus kepada 98.897 mata berikutan isyarat ketidaktentuan perdagangan AS-China yang muncul semula, yang menyaksikan White House mempertimbangkan pilihan untuk mengehadkan eksport perisian genting.

“Pada masa sama, pentadbiran Presiden AS Donald Trump turut mengumumkan sekatan ke atas pengeluar minyak terbesar Rusia kerana kerajaan Rusia kurang memberikan komitmen untuk menamatkan perang di Ukraine.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka memperlihatkan momentum positif hari ini dengan dolar-ringgit kemungkinan bergerak pada sekitar 4.21 dan 4.22,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7791/7859 daripada 2.7849/7880 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.6386/6520 daripada 5.6309/6368 dan rendah berbanding euro kepada 4.9024/9140 daripada 4.9019/9072 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2540/2619 daripada 3.2556/2593 ketika ditutup pada Rabu dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.4 daripada 254.9/255.3 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8647/9050 daripada 12.8573/8769, dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.23/7.25 berbanding ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA