BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada jam 9.45 pagi, kontrak Oktober 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,615.0 manakala November 2025 naik 2.5 mata kepada 1,614.0, Disember 2025 menokok tiga mata kepada 1,614.0 dan kontrak Mac 2026 meraih setengah mata kepada 1,594.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,459 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 42,130 kontrak.

Petunjuk utama pasaran FBM KLCI meraih 2.38 mata kepada 1,614.67 selepas 51 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,612.29 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA