BERITA TERKINI   Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.45 pagi, kontrak Oktober 2025 menambah sembilan mata kepada 1,615.5, November 2025 dan Disember 2025, masing-masing naik 1.5 mata kepada 1,615.5 dan 1,614.0 manakala Mac 2026 tidak berubah pada 1,593.0.

Jumlah dagangan naik kepada 1,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,812 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.92 mata kepada 1,615.47 selepas 51 minit dagangan daripada 1,611.55 pada Rabu.

-- BERNAMA