BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia 5-1 Laos | Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Berikutan Pelabur Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.73 mata atau 0.23 peratus kepada 1,611.46 daripada 1,615.19 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.10 mata lebih tinggi pada 1,617.29 dan berlegar-legar antara 1,610.05 dan 1,622.75 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara keseluruhan berada dalam keadaan negatif dengan 811 kaunter rugi mengatasi 390 kaunter untung manakala 503 kaunter tidak berubah, 955 tidak diniagakan dan sembilan lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.66 bilion unit bernilai RM3.78 bilion daripada 3.57 bilion unit yang bernilai RM2.82 bilion sebelumnya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya lebih rendah kerana pelabur kekal berhati-hati susulan ketidaktentuan yang berterusan berhubung ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang terus memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

"Walaupun Presiden AS, Donald Trump menyebut beliau mungkin bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping akhir bulan ini di sebuah sidang kemuncak serantau, pelabur bagaimanapun tetap ragu-ragu.

"Di Malaysia, FBM KLCI mencatatkan kenaikan awal untuk ditutup rendah akibat jualan pada saat akhir  dalam beberapa kaunter wajaran tinggi," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan IPPFA Sdn Bhd dan ahli ekonomi Mohd Sedek Jantan berkata kelemahan FBM KLCI pada saat akhir sesi dagangan menekankan keseimbangan rapuh yang sedang membentuk pasaran serantau ketika ini.

"Ketahanan domestik yang disokong oleh rangsangan fiskal diimbangi oleh ketidaktentuan luaran.

"Walaupun Belanjawan 2026 menyediakan asas domestik yang kukuh, latar belakang global yang ditandai dengan isyarat perdagangan yang tidak konsisten dan risiko geopolitik yang berterusan terus menghalang pemulihan pasaran yang mampan," katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM13.20 dan CIMB Group berkurang 8.0 sen kepada RM7.35 manakala Maybank dan Public Bank masing-masing menyusut satu sen kepada RM9.92 dan RM4.21.

Bagaimanapun, IHH Healthcare menambah enam sen kepada RM8.05.

Dalam kalangan saham paling aktif, Tanco Holdings berkembang satu sen kepada 86 sen manakala Pharmaniaga hilang 1.5 sen kepada 26 sen dan VS Industry merosot 3.0 sen kepada 53 sen.

NexG turun empat sen kepada 46 sen manakala Zetrix AI kekal tidak berubah pada 84 sen.

Sementara itu, saham paling untung termasuk Nestle naik RM2.50 kepada RM102.10 manakala Fraser & Neave meningkat 44 sen kepada RM28.10 dan Genting Malaysia melonjak 18 sen kepada RM2.32.

Genting Bhd pulih 15 sen kepada RM3.01 dan Malayan Cement menokok 14 sen kepada RM6.82.

Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun RM1.26 kepada RM29.04, Petronas Gas susut 38 sen kepada RM18.56 dan Petronas Dagangan merosot 30 sen kepada RM22.70.

PIE Industrial hilang 30 sen kepada RM3.23 manakala KESM Industries berkurang 15 sen kepada RM3.47.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 41.51 mata kepada 12,037.03, Indeks FBMT 100 turun 31.07 mata kepada 11,768.08, Indeks FBM Emas Shariah meleset 61.31 mata kepada 12,111.48, Indeks FBM 70 berkurang 61.40 mata kepada 17,023.02 dan Indeks FBM ACE menurun 56.98 mata kepada 5,193.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 44.07 mata kepada 18,177.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri mengecil 0.95 mata kepada 173.57, Indeks Tenaga merosot 5.33 mata kepada 789.84 dan Indeks Perladangan turun 35.74 mata kepada 7,829.38.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.35 bilion unit bernilai RM3.48 bilion daripada 1.93 bilion unit bernilai RM2.49 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran pula turun kepada 752.78 juta unit bernilai RM87.72 juta daripada 1.12 bilion unit yang bernilai RM134.92 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 549.25 juta unit bernilai RM219.25 juta daripada 516.48 juta unit yang bernilai RM188.52 juta semalam.

Di Pasaran Utama, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 601.98 juta saham diniagakan, produk dan perkhidmatan industri (373.70 juta), pembinaan (110.99 juta), teknologi (350.65 juta), perkhidmatan kewangan (105.94 juta), hartanah (209.96 juta), perladangan (48.83 juta), dana pelaburan hartanah (30.84 juta), dana tertutup (88,900), tenaga (145.19 juta), penjagaan kesihatan (242.64 juta), telekomunikasi dan media (44.22 juta), pengangkutan dan logistik (30.29 juta), utiliti (56.21 juta) serta amanah perniagaan (12,200).

-- BERNAMA