BERITA TERKINI   PRN Sabah: Proses penamaan calon berjalan lancar, tiada laporan polis diterima - Pesuruhjaya Polis Sabah | PRN Sabah : Tiada pencalonan ditolak - SPR | PRN Sabah : Calon tertua berumur 86 tahun dari Parti Kebangsaan Sabah, tanding di DUN Bingkor - SPR | PRN Sabah : 525 calon bertanding adalah lelaki, 71 lagi wanita - SPR | PRN Sabah : Seramai 596 calon bertanding di 73 kerusi DUN - SPR | 

Kerajaan Tambah Tanah Rizab Melayu 20.23 Hektar Di Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah Tanah Rizab Melayu seluas 20.23 hektar (50 ekar) di Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di sini hari ini, beliau berkata Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merencana pelan pembangunannya.

"Ia (Petronas) akan memulakan fasa pembangunan menjelang akhir 2026," kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan. 

Pada Feb lepas, Kementerian Kewangan (MOF) berkata pembangunan Bandar Malaysia sepenuhnya kini di bawah KLCC Development Sdn Bhd (KLCCD), anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH).

KLCCH merupakan anak syarikat milik penuh Petronas. 

Menurut MOF sebelum ini, pembangunan Bandar Malaysia melibatkan sebuah pembangunan unik dan inklusif merangkumi aspek komersial, perumahan dan rekreasi bercirikan kelestarian.

Ini termasuk penyediaan 10,000 unit perumahan mampu milik dengan ruang terbuka dan taman serta pemeliharaan sebahagian tanah seluas 50 ekar (20.23 hektar) sebagai Tanah Rizab Melayu.

-- BERNAMA