BERITA TERKINI   Malaysia raih potensi perdagangan dan pelaburan bernilai RM24.45 bilion di Expo 2025 Osaka, 188 peratus melebihi sasaran RM13 bilion - Ketua Setiausaha MITI | Ketua jabatan dibenar pertimbang permohonan bekerja dari rumah bagi pegawai terkesan kesesakan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN - JPA | Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka menerima jumlah pengunjung yang mencatat rekod sebanyak 3.51 juta, jauh melebihi sasaran 1.5 juta orang - Ketua Setiausaha MITI | Kepimpinan di semua peringkat mesti dengar, bertindak atas keperluan rakyat - PM Anwar | Belanjawan 2026: Rakyat nikmati banyak manfaat tanpa kenaikan cukai hasil tatakelola baik, pengurangan ketirisan - PM Anwar | 

Inti Pati Daripada Laporan Tinjauan Ekonomi Dan Fiskal 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati daripada Tinjauan Ekonomi 2026 dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026:

* KDNK Malaysia 2026 diunjur dalam julat membanggakan antara empat dan 4.5 peratus, berbanding empat hingga 4.8 peratus pada 2025 – PM Anwar

* Kerajaan umum Belanjawan 2026 berjumlah RM419.2 bilion (RM421 bilion dalam Belanjawan 2025), terdiri daripada perbelanjaan mengurus RM338.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM81 bilion – PM Anwar

* Jumlah kutipan hasil dianggarkan lebih tinggi kepada RM343.1 bilion pada 2026 berbanding RM334.1 bilion pada 2025 – PM Anwar

* Defisit fiskal keseluruhan diunjur mengecil kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025 – PM Anwar

* Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal - PM Anwar

* Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang – PM Anwar

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut – PM Anwar

* Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik – PM Anwar

* Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM Anwar

* Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025 – PM Anwar

* Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025 – PM Anwar

* Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026 – PM Anwar

* Jumlah OE pada 2025 dianggarkan sebanyak RM332.1 bilion berbanding peruntukan asal RM335 bilion – PM Anwar

* DE untuk 2025 dianggarkan berkurangan sebanyak 4.8 peratus kepada RM80 bilion, terutamanya disebabkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah kepada sektor ekonomi – PM Anwar

 

-- BERNAMA