BERITA TERKINI   KES IJM: SPRM sedang bertukar maklumat dengan Pejabat Penipuan Serius UK - Azam Baki | Kertas siasatan libatkan KP JAS dan timbalan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Jumaat ini dengan syor dituduh - Azam Baki | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 susut 2.5 mata kepada 1,630.0, November 2025 dan Disember 2025 turun 3.0 mata masing-masing kepada 1,629.0 dan 1,627.50, manakala Mac 2026 berkurangan 4.0 mata kepada 1,606.50.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,329 lot daripada 4,542 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,974 kontrak daripada 45,759 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 8.06 mata kepada 1,630.03, daripada paras penutup 1,638.09 pada Isnin. 

-- BERNAMA