BERITA TERKINI   MCMC akan laksana segera saranan Perdana Menteri untuk perkukuh keselamatan data negara melalui Sovereign AI Cloud - Fahmi | KPM sedia sokongan emosi kepada remaja perempuan disyaki mangsa salah laku seksual - Fadhlina | Media diingatkan lapor kes salah laku seksual pelajar di Melaka secara beretika tanpa dedah identiti mangsa - MCMC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi semasa awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.21 pagi, kontrak Oktober 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,635.0, manakala November 2025 melonjak 1.5 mata kepada 1,633.50, Disember 2025 menokok 05. mata kepada 1,631.0, bagaimanapun Mac 2026 turun 0.5 mata kepada 1,610.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,063 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 43,111 kontrak.

FBM KLCI berkurangan 10.46 mata kepada 1,627.63 selepas 39 minit dagangan selepas ditutup pada 1,638.09.pada Isnin.

 

-- BERNAMA